Pemberimilikan tanah di bawah Ordinan Tanah Bab. 68 dan lain-lain Ordinan bersesuaian dengan dasar Kerajaan kepada individu-individu, jabatan-jabatan dan badan-badan berkanun.

  • Penyediaan dan pendaftaran tanah bagi semua hakmilik baru dan urusniaga tanah.
  • Menguatkuasakan seksyen-seksyen yang tertentu dalam Ordinan Tanah untuk menjamin tempoh-tempoh dan syarat-syarat pemberimilikan tanah dan suratan hakmilik dipatuhi serta menghapuskan tanah-tanah terbiar.
  • Menjalankan penyiasatan tanah untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah.
  • Mengeluarkan hakmilik subsidiari untuk pecah bahagian bangunan-bangunan.
  • Penilaian tanah untuk tujuan pemberimilikan, pengambilan balik (menurut Ordinan Pengambilan balik Tanah Bab 69), penilaian perkadaran daerah, percukaian, tukar syarat kegunaan tanah dan Pengurusan Akaun "Trust" untuk pengambilan balik tanah bagi pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  • Melaksanakan Dasar Skim Pekebun-Pekebun Kecil untuk orang-orang yang tidak memiliki tanah dan juga orang-orang yang memiliki tanah yang bersaiz tidak ekonomiMemproses permohonan-permohonan penyambungan tempoh, penukaran syarat hakmilik, pembahagian dan penggabungan geran.
  • Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen, permit-permit carigali, perlombongan dan lesen-lesen kuari.
  • Menyelenggara pungutan hasil tanah, khasnya, pengembalian (recovery) tunggakan-tunggakan cukai tanah.
  • Penyelenggaraan latihan untuk kakitangan Jabatan dan sektor swasta dalam bidang pengukuran, pengiraan ukur dan pentadbiran tanah.
  • Mengendalikan perpustakaan teknikal Jabatan Tanah dan Ukur.
  • Mengukur tanah untuk permohonan-permohonan tanah bersyarat N.T./F.R., khasnya tanah yang mempunyai hak asasi. Mengawal pengukuran permohonan-permohonan tanah bersyarat C.L./P.L., pembahagian tanah dan projek-projek pengswastaan oleh Juruukur-juruukur Berlesen serta pengukuran semula bagi maksud pengambilan balik tanah dalam melaksanakan projek-projek Kerajaan.
  • Pembekalan dan pemeliharaan stesyen kawalan bagi kerja-kerja pengukuran kadastra.
  • Pemetaan dan penggambaran udara meliputi seluruh negeri bagi menyediakan peta pembangunan tanah.
  • Menyimpan pelan-pelan, peta-peta serta dokumen-dokumen Jabatan.
  • Menyediakan pelan-pelan untuk wartaan kerajaan.
  • Penyelenggaraan Sistem Maklumat Kadastra, Guna Tanah dan Geran Tanah untuk menyokong pelaksanaan Sistem Maklumat Tanah Sabah (Sabah Land Information System) selaras dengan piawaan Spatial Data Infrastructure (SDI).
  • Memantau corak pembangunan tanah dengan menggunakan Peta Liputan Tanah (Teknologi Remote Sensing SAR)
  • Penglibatan dan sumbangan kepada Rancangan-Rancangan Malaysia dalam menyediakan data-data lapangan dan data-data asas dalam bentuk peta-peta dan pelan-pelan untuk projek-projek pembangunan.
  • Membantu perlaksanaan penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia (Sabah/Kalimantan Timur) oleh Jabatan Topografi dan Pemetaan Malaysia.

PAUTAN RASMI

Kualiti Perkhidmatan

Rate Our Services

Carian

Hubungi Kami

Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah
Wisma Tanah Dan Ukur
Jalan Perwira,
88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-527600, 088-527601
eMail : jtu@sabah.gov.my

009093
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | RSS Feeds
Kemaskini Terakhir :
Paparan Terbaik 1024x768.
©2018 Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah

SALIS

LaDESS

Quit Rent