| ADMINISTRATOR
PELANCARAN LENCANA INTEGRITI JABATAN TANAH DAN UKUR
Jabatan Tanah dan Ukur telah melancarkan lencana integriti Jabatan semasa Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Kali Ke-126 yang telah diadakan pada 30 Januari 2024, di Star Shang-ri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Pelancaran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen kakitangan JTU terhadap nilai-nilai integriti di kalangan warga jabatan. Lencana integriti ini akan menjadi simbol komitmen setiap kakitangan JTU untuk mempraktikkan nilai-nilai integriti dalam tugas seharian mereka.