| ROSNANI BINTI ANGGONG

Card Image

Majlis Sambutan Hari Natal 2025 dan Tahun Baharu 2026

Majlis Sambutan Hari Natal 2025 dan Tahun Baharu 2026 peringkat Jabatan Tanah dan Ukur, Sabah telah diadakan pada 3 Januari 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Tanah dan Ukur, YBhg. Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, serta dihadiri oleh warga jabatan daripada pelbagai bahagian. Penganjuran majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta menyemai nilai keharmonian dalam kalangan warga kerja bersempena sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baharu.