| ROSNANI BINTI ANGGONG

Card Image

PROGRAM NIC DAERAH TAWAU, KALABAKAN, SEMPORNA DAN KUNAK

Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah melaksanakan Program Pembetulan Nama dan Nombor Kad Pengenalan dalam Geran Tanah (Program NIC) bagi Daerah Tawau, Kalabakan, Semporna dan Kunak pada 15 hingga  16 Ogos 2026 bertempat di Dewan Masyarakat Tawau.

Program ini bertujuan memberi kemudahan kepada pemilik geran tanah untuk membuat pembetulan dan mengemas kini maklumat nama serta nombor kad pengenalan yang direkodkan dalam geran tanah. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Jabatan untuk memastikan rekod hak milik tanah sentiasa tepat, lengkap dan teratur serta membantu mengelakkan isu berkaitan urusan pindah milik, pusaka dan transaksi lain pada masa hadapan.

Jabatan Tanah dan Ukur Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemilik geran tanah dari Daerah Tawau, Kalabakan, Semporna dan Kunak yang telah hadir serta memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga pelaksanaan Program NIC ini dapat terus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan serta memudahkan urusan pemilik tanah di Negeri Sabah.